Friday, August 19, 2011

Senyuman Bulan Ramadhan Ep 3

Assalamualaikum...kembali lagi ...thanx sebab masih sudi baca....luv u! 2nd events adalah:

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ASNAF
KUALA LUMPUR

Dulu kak long cda pernah ckp mkn kat restoran cheng ho sgt sedap...nak ke sana ..kompem x tahu jalan...hohoho...thanx to FCs kerana create events nie n boleh la cda rasa mkan kat cini...heheh...sesudah kami siap2xkan smua apa yg ptut...maka majlis pun berlansung pada kira2x jam 6.30 ptg....ketibaan asnaf sekitar KL...mereka sgt baek.....sebelum tunggu azan masuk..so, FCs ada create game...ada 1 adek nie kan....tmpil ke depan n nyanyi lagu mamat-ku pohon restu ayah bonda...hiba dowh..again T__ T


Alhamdulillah per yg dirancang berjalan dengan izinya...makanan kat restoran cheng ho sgt superb! tapi x berkesempatan nak mkn semua jenis .....ada part plg wat cda happy bile cda der tnya kat seorang adek tu either adek tue minat sepah tak?pastu dier ckp minat tpi segan nak salam....cda apa lagi ..pggil muslimah (one of FCs) suruh annoucement kat mamat sepah suruh dtg kat adek tue....pas tue adek tu gumbire gile ....dan2x time tu ckp yg nama glamor dier adalah mamat...hohohohooh....


seronok kami tgk semua keluarga gembira atas pemberian sumbangan yang diperoleh...gambar kat atas nie masa nak start game kotak beracun..gamat dowh restoran tue...best! wink2x...


thanx to amy search sebab sudi dtg memeriahkan majlis....x ketinggalan wat shuib,kak sarah,mamat n jep...for sure dorang bzi...but still sudi dtg untuk memeriahkan majlis...luv u~


kak sarah nie best taw klo di bawak berborak....dari mbik sembahyang sesamae smpai la ke restoran ari tue..beliau sgt friendly.....kandungannya dah masuk 6 bulan...semoga selamat hendaknya...btw, akak sarah n shuib thanx for the hamper...luv u both~

Alhamdulillah...feedback  untuk events ini amat menggalakkan...rasanya boleh refer balik kat previos entry cda sebelum ni....so, dikesempatan ini, cda nak ckp tahniah wat semua warga sepah fc sebab bertungkus lumus menjayakan program nie..penat lelah anda semua telah terbayar dengan kepuasan yg dirasai kan....special tq to mamat sepah....satu ayat jer beb untuk abg mamat : kamu sgt baek! 

Terima Kasih juga x terhingga wat semua yg terlibat secara langsung atau tak langsung dalam pembabitan acara ini. Selain itu...tq to mama & abah sebab lepaskan anak daranaya untuk ke majlis ini. kepada semua FCs thanx sebab sudi terima cda to be as part of community...cayuuunk kowang...semoga silaturahim yg dah dibina x terhenti disini...pasni kita create events lagi ek....ner taw termakbul kata2 abg mamat nak ajak berbuka bersama kan kan kan....

oke la sampai disini jer ek...dah 3 entry dah nie....jap g nak g GM...nak restock barang2x bisnes....weeehooo

Assalamualaikum

Senyuman Bulan Ramadhan Ep 2

Kite sambung lagi ek...lepas gerak dari hulu langat...rehat sekejap..terus berkonvoi ke setiawangsa....acara shooppping...i loike...bukan untuk kami tpi untuk our 2nd events iaitu majli berbuka poser...shopping di tesco setiawangsa....actually mereka b4 nie dah wat survey harga...so, untuk hari ahad tue just terus beli jer....ramai giler org wei....parking pun bertawaf2x kami ek....hohoohoh


Sowi la cda nie jenis cam muke susah nak ingt nama...meh cda remind balik nama2x mereka....dari kiri: mus,wanie,cikgu,nad,zura,sai, wawa...sory la klo salah yer my dear.....hihihiihih.....sgt stuju ngn statement kak mina hari tu...baru je kenal sehari 2 dgn dia org tpi rasa mcm da kenal lama jer..luv u lah~


mengikut apa yg cda tahu kan (sowi yer kak mina if cda silap info)...ada sumbangan dari pusat zakat selangor, kedutaan brunei, FCs Sepah, Sepah gak...terima kasih...hanya Allah dapat membalas jasa dan budi kalian...amin...


cda dapat rumuskan :
kesempurnaan sesuatu majlis bukan bergantung pada kelancaran agendanya tetapi kepuasaan dan kegembiraan pada mereka yg diraikan....to all FCs..you have done a good job! best brO~


Note: Akan terus bersambung pada Ep3

Senyuman Bulan Ramadhan Ep 1

Assalamualaikum...hari ini ada kelapangan utk cda stori mori kan pasal events yg cda join last week.something new dan yg pasti saya sukkke!

PROGRAM BERSAHUR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AL-TAQWA, HULU LANGAT



Kak mina a.k.a my sifu.Dia yang memulakan untuk cda join program ini.Actually kak mina merupakan salah sorang orang kuat untuk Sepah FC. Selain itu adalah ; Mus,kak masyitah,kak fiza,sai...dll. Mengikut penceritaan dan pengaamatan, segala persediaan sudah berlangsung pada awal ramadhan lagi..selut la! cda hanya mampu sertai untuk program ni sahaja...rasa cam ralat ader gak..sory yer kak mina......meeting , cari sponsor dan pembelian barang semua mereka wat. imagine ahli2x nya bukan calang2x bah..bile cda kaji2x kan ...ada yang pen pengarah,lawyer,medical officer, pegawai kerajaan,etc...huyooo....  


AJK yg terlibat almost 13 orang. Semua ada peranan masing2x. Rasanya kami semua x tdo langsung.Dlm kul 12mlm kami smpai ke rumah persinggahan yg disewa sekejap di putrajaya.Tugasan adlah seperti meletakkan duit sumbangan dlm smpul raya, siapkan goodie bag,gosok baju n mandi....so smua kerja berakhir pada kul 3.30 pgi...almost r...Terus kami berkonvoi ke sana dlm 3 keter ...agak excited sbb nie 1st time kowt terlibat dlm acara mcm gini +  jumper sepah live....rasanya ahli yg laen2x dah beser...cda jer kot mcm jakun....wakkakaka....


Adek2x kat situ dalam 22 orang la.Alhamdulilah kedatangan kami disambut dengan baik.Makan dalam talam.Kali ke 2 aku rasa.1st masa camping kesatria kat melaka....2nd kat rumah altaqwa. Best la beb! Riuh juga masa mkn kat dlm talam tue...yg riuh nya bukan adek2x tue tpi semua geng FCs nie....hohoohohoh...

Next, lepas sembahyang subuh berjemaah...ada acara pemberian sumbangan kepada adek2x al-taqwa....mamat,jep n shuib der gak bagi kata2x motivasi kpd mereka...sebab ada sebilangan daripada mereka yang akan ambik exam tahun nie... Seronok cda tgk adek2x tu happy :) weeee~~~


[ Abg2x sepah with adek2x al taqwa]


[ Terima Kasih buat yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung]

Note : Akan ada episod seterusnya :)

Wednesday, August 17, 2011

tacing :)

Assalamualaikum
************************

Niat di hati untuk memblog pasal 2 mjlis ari tue..nanti la ek..
x larat.....demam n sakit tekak melanda...huk huk huk....

semalam masa pergi bazar ..kak mina pun call pastu dia cakap 
(rentetan dari penglibatan majis sahur n berbuka minggu lepas):


" ptg td akak da trima feedback dri contact frm kedutaan brunei...ni brite gembire la..feedback dr ustaz

pusat zakat jugak...dorang yg dtg tu hppy sgt2...

 yg wat  nk nanges tu...bile ada yg ckp itu first time drg mkn kt luar dan itu adalah mknan plg sedap yg drg 

 dpt mkn utk berbuka puasa..akak tersntuh..sedih sgt

 sbb kite mknan mcm tu rase cm biasa jek...tp bg dorang mknan tu dh mewah sgt

 nk nanges aku bile drg ckp mcm tu...dorang ckp terima kaseh sgt2.... *tacing* "


bersaksikan popiah basah S.Ali aku T___T

Monday, August 8, 2011

from cda with ♥

Assalamualaikum
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Tingkatkanlah amalan dan taqwa dibulan yang mulia ini

********************************

July 2011
Alhahmdulillah apa yg di cita2x kan menjadi jugak
ingt x b4 nie de entry yg cda ckp nak wat bisnes kecik2x tue...
tadaaaa
FROM MY SHOP WITH HIM LOVE

sementara cuti sem 4 bulan
nie la yg buat akan aku bzi cikit...untung x la seberapa....tpi bak kata syarpoza "satisfied" gitu...
1st batch for slim purse  adalah bahan utk uji kaji dan jugak market...
laku...makna boleh jalan....x laku...guna sendiri...best bukan...ngengenge...
Alhamdulillah....1st batch sold out ! wehoooo


sepanjang dah berbisnes nie....ada la cikit2 yg dpt di pljari...cth: sistem pengePOSan...huh...dari pos ekspress ke pos laju...mana yg barang customer yg guna pos ekspress kene return balik kat rumah.....now dah officially guna pos laju...lagi besh kowt...kakak kaunter kat glenmarie pun dah kawtim..orite la tue...

beside tue ...sgt menguji apa itu sabar..lebih2x lagi customer yg d gelar backout buyers....awal2x nak...siap reserve lama2x..top2x......last minute cancel order...haish~~
honestly...cda just bisnes bdo2x jer...sekadar mengisi masa lapang....nanti da naek sem.....kene slow cikit

Alhamdulillah...slim purse sudah 4th batch..otw to restock again


Envelope Slim Purse ---> 3rd batch....yg nie pun very soon utk di restock lagi


Cosmetic Bag


Shining Slim Purse --->  baru restock for 2nd batch


Latest...but pre-order ---> Envelope Clutch


pada yg pernah membeli...thanx soo much sebab support cda...luv u lah....pada yg belum menjejakan kaki ke page n berminat..boleh click on gambar FROM MY SHOP WITH LOVE (1st pic utk entry nie)...bila cda spot other seller, setakat nie rasanya harga yg cda tawarkan sgt murah...

the most best part bile dpt ajar customer2x yg 1st time bli brg on9....bile smua urusan oke dah dorang suke dgn barang yg di beli....that was very very cool bro~

oke la..jumpa di next entry...
btw, wish me luck utk event dis saturday

Assalamualaikum

Thursday, July 7, 2011

64 KALI SETAHUN ^-^

Assalamualaikum
************************
Entry kali ini cda share cikit info pasal wanita...ace ce ceh ceh....gurl perempuan gadis dan seangkatan dengannya


WANITA MENANGIS 64 KALI SETAHUN
Fakta menarik mengenai wanita, kajian daripada German Society of dan dilaporkan dalam the telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun. Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang wanita akan menangis sebanyak 0.18 kali sehari.
Manakala kalau diambil jumlah maksima lelaki menangis 17 kali setahun dan dibahagikan 12 bulan, lelaki hanya menangis 1.42 kali sebulan. Di samping itu analisa tersebut juga mendapati purata wanita mengambil masa sehingga 6 minit untuk menangis berbanding lelaki hanya 2 hingga 4 minit.
Apakah faktor yang menyebabkan wanita menangis? satu persoalan yang begitu subjektif dan mempunyai ribuan jawapan mengikut persepsi masing-masing, namun berdasarkan carian dalam Askmen.com, lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk menangis iaitu:
Hormon
Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.
Manipulasi
Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain.
Emosi Keikhlasan
Sekiranya tangisan wanita tidak berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.
Kemarahan
Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunaka kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tida terhingga terhadap sesuatu situasi.
Memori
Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan.
Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
….Bila kali terakhir kita menangis, dan apakah penyebabnya…

Sunday, July 3, 2011

Manisnya Kurma Ini

Assalamualaikum
*sekali lagi tajuk x ada kena mengena ^-^
first : syam & dila ---> saya dah tukar font....okey kah?
second : tahniah & selamat pengantin batu buat iza dan pasangan serta epul ambia & pasangan


cda bru terbace 1 entry dari blog senior librarian kat tmpt practical dulu
dier ada post kan article nie
mungkin ada yg dah bce, mungkin ada yg blum...yg blum...sudi2kan la membaca...
byk iktibar dapat diambil :
************************************

Kisah Dari Mahkamah Syariah: Jantan terlampau


Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suami


MINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya. Ikuti tulisan beliau.

"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka' kerana saya juga pesakit barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab 'suami menambah duka'.

Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami.

Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya.

Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan yang cacat 'mahkotanya' . Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri 'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.

Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah .... bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam mana?.."

Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.

Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam 8.30 pagi).

Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.

Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: "Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan saya ketika itu?

Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.

Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.

Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya.

Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah. Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga."

Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat.

Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.

Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.

Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.

Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.

Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.

Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT.

Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.

Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri. Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.

Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30 tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan 'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?'

Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun.

Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.

Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya.

Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi.

"Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS "Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"

Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya...

Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?

Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya. Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya."

Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami.

Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang dimiliki.

Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami.



Renung-renungkanlah, Selamat Beramal