Thursday, July 7, 2011

64 KALI SETAHUN ^-^

Assalamualaikum
************************
Entry kali ini cda share cikit info pasal wanita...ace ce ceh ceh....gurl perempuan gadis dan seangkatan dengannya


WANITA MENANGIS 64 KALI SETAHUN
Fakta menarik mengenai wanita, kajian daripada German Society of dan dilaporkan dalam the telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun. Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang wanita akan menangis sebanyak 0.18 kali sehari.
Manakala kalau diambil jumlah maksima lelaki menangis 17 kali setahun dan dibahagikan 12 bulan, lelaki hanya menangis 1.42 kali sebulan. Di samping itu analisa tersebut juga mendapati purata wanita mengambil masa sehingga 6 minit untuk menangis berbanding lelaki hanya 2 hingga 4 minit.
Apakah faktor yang menyebabkan wanita menangis? satu persoalan yang begitu subjektif dan mempunyai ribuan jawapan mengikut persepsi masing-masing, namun berdasarkan carian dalam Askmen.com, lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk menangis iaitu:
Hormon
Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.
Manipulasi
Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain.
Emosi Keikhlasan
Sekiranya tangisan wanita tidak berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.
Kemarahan
Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunaka kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tida terhingga terhadap sesuatu situasi.
Memori
Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan.
Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
….Bila kali terakhir kita menangis, dan apakah penyebabnya…

Sunday, July 3, 2011

Manisnya Kurma Ini

Assalamualaikum
*sekali lagi tajuk x ada kena mengena ^-^
first : syam & dila ---> saya dah tukar font....okey kah?
second : tahniah & selamat pengantin batu buat iza dan pasangan serta epul ambia & pasangan


cda bru terbace 1 entry dari blog senior librarian kat tmpt practical dulu
dier ada post kan article nie
mungkin ada yg dah bce, mungkin ada yg blum...yg blum...sudi2kan la membaca...
byk iktibar dapat diambil :
************************************

Kisah Dari Mahkamah Syariah: Jantan terlampau


Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suami


MINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya. Ikuti tulisan beliau.

"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka' kerana saya juga pesakit barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab 'suami menambah duka'.

Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami.

Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya.

Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan yang cacat 'mahkotanya' . Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri 'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.

Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah .... bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam mana?.."

Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.

Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam 8.30 pagi).

Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.

Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: "Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan saya ketika itu?

Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.

Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.

Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya.

Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah. Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga."

Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat.

Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.

Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.

Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.

Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.

Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.

Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT.

Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.

Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri. Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.

Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30 tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan 'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?'

Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun.

Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.

Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya.

Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi.

"Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS "Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"

Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya...

Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?

Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya. Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya."

Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami.

Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang dimiliki.

Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami.



Renung-renungkanlah, Selamat Beramal

Monday, June 27, 2011

kenapa TIDAK untuk senyum?

"Seyuman itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya"




Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senaman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda, tetapi memberi kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman mempertahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi), ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


Senyum bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi; menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100x dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabil kita ketawa, tekanan darah dan kdar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar in akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa daripada orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun ketawa 400x sehari berbanding 15x sehari kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masaalah kemurungan.


Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua 'sterss' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


Dalam kejadian diatas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah di ambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotranmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan adrenaline'.


Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T, (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan, atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah.Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik .Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedng marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


Sunday, June 19, 2011

Wish You Were Here ♥

Assalamualaikum
**********************************
entri kali ini adalah special di tujukan khas buat kawan2 KPOG yg sgt dirindui
Aimi Shazwani | Norhafizah | Ilya Jihan | Raihanah | NurLyana | Nasyrah
hye guys..rindu la beb !
smlm agak susah nak lelapkan mata...sanggup nie selongkar balik album lama2 nie...semata2 nak imbas balik kenangan2 dolu2...
aku tergelak sowang2 dpn lappy time nak menyeken pic2 tue :


yg nie pic mser form 5 rsernye
muke smua x buleh bla....muke2 suci....nie time perhimpunan.......dlm dewan...kowang tgk tue...siap bawak air tin lgi...yg kompem2x kepek ubi cikgu wahi la perkara wajib berada di poket baju sekolah masing2x..tul x? gmbr agak x clear sbb time nie menggunakan kodak taw...ko ade?wakkakaka.....


x silap shida kan...pic nie d ambil dari atas lab terus directly snap kat kiter org kat bawah...hohoohoh...siap ikut ketinggian lagi...ooopsss..x silap yg niie mse kiter semua wat mural utk lab2...especially lab bio kelolaan cikgu febret aimi iaitu cikgu eton...ehem2x


gossip girl? hahhaha....mungkin tidak....sejak sekolah lagi dah jalan cam diva taw nokk....wakkaka...gurau jer...rsernyer nie time last2 day...saat2x nak meninggalkan alam persekolahan ...kowang tgk..kurus kan shida time nie!


guys..ingt lagi....zaman g tuisyen aidil kat sec 18...kompem2x sblum g sec 18....parking bsikal kat umah mak cik yana.....seluar semua fesyen lipat bendang..ce tgk file biru tue...siap gmbr MU lagi...aimi punyer rsenyer...sbb aku nyer letak pic BSB.....wakakakka...kami penah memontengkn diri sekali je rasenye utk mkn mcd....hahhahahhha...tuisyen x pegi....mcd yg dok dicari...lol!


masa sek men mmg aku rse byk yg kiter involve kan.....dari dikir barat (g training je..pastu trus x join)...lagu patriotik (menang gitu!)..nasyid (kowang ingt lagi kiter mix kan lagu nasyid dgn lagu kabbi kushi kabi gam UHU tu...)...pastu yg nie kowt plg besh.....choral speaking.....persembahan mser dpn perhimpunan oke lagi...siap bersajak bagai lagi..top2 bile present kat supermarket makro (skrg tesco xtra) dpn dato bandar terus ke laut....hahhaha...kurang praktis bukan...praktis make perfect !


nie mser lepak kat bkt raja...citer pe ntah tgk nie...huh! nie mase dah bes zaman sekolah.....rsernye time nak berbuke sesame...sblum tue siap g taman blkg mahkamah tue...jalan2x...pastu jumpe bewok...nyamuk x yah nak kire la kan (*^ -^*) kalau dapat putarkan masa aku nak kembali balik ke alam persekolahan...kan kan kan


yg ala2 power rangers menembak tue....husband ilya...a.k.a sox....nie mser bukak poser kat bubba gump kat curve...selepas ilya kawen...pas nie sper kawen??! aimi...mari sebut sama2x nama "RAI".....hahhahah.....aku jer rasenye yg tersasar cikit dari bidang pe yg bljr time sekolah dulu...pja dah jdi doc,lyana dah jdi mdical specialist,nash..tutor kat upm,aimi...cikgu bio....rai...pharmacist....ilya IB..kat UK (wei..balik bawak handbag baru taw)...n me proud to be librarian...cehwah~~

wokeey...end of entry....bebs, smoga semua berada dalam keadaan baek hendaknya..amin..roger2x la yer...rsernye last jmpe pun dgn aimi n acap ari tue..jadi...next week, iza kawen....aimi,acap jom! yana,rai,ilya,nash n pja jom follow....

tiada laen utk di kata lagi


mode : terasa hati
(-'_'-)

Thursday, June 16, 2011

Lisa Surihani 16/6/11


Assalamualaikum

*********************

back bone agak sakit cikit sbb smlm tdo salah tempat
padan muke utk diri sendiri
thumbs up !
smlm bertempat di mid
kami (syar n me) melakukan perkara2 gile...
iaitu:
g mid hanya kerna LISA SURIHANI
kenapa ia jatuh kategori gile!
sbb kami penat2 keje trus fly ke sane ..jem x jem...redah jer..
lawa orangnye bile tgk secara "live" nie....
untung si yusry KRu tue...hoohooh
lisa dtg untuk promote produk tuala wanita
SOFY 360
weee~~
just ada mini games plus wit sesi bertemu peminat
games!
d sebabkan guard yg agak poyo tue siap ckp mnyindir kat aku maka:
TERjoin one of the mini game...
n gigit jari la wahai kak guard yang lisa surihani be as my partner dlm game tue (spe suruh mengade2x sgt...piirahhh)...uweeek :P



cantik kan...kaki die sgt selim....cemburu!



hehhehhehe...believe it or not!


again !

tuuuue dia......mcm anak ngn mak..wakkaka~~

jgn jeleas yer kak guard!



happies gilerss (rosak bahasa kebangsaan kiter dgn ejaan ke laut aku ni)

why?
1. Jumpe miss lisa
2. maen game with lisa
3.Menang 2 tiket ke tayangan perdana film baru Lisa "Sekali Lagi"
4. jumpe jihan miskin mse g mkn kat murni ss2
5. handbag baru udah sampai !


aku da syorkan syar jgn cuci muke pas g jumpe Lisa...why?
weee...syar dpt cium pipi lisa.....lembut katanye....ekekkeke
gmbr eksklusif syar with Lisa (kalau syar letak r)can be view kat blog syar!
hohoohoohoho


b4 balik smlm...sempat buat lambaian diva pada lisa...flying kiss lagi...pada yg nk jmpe lisa gak...leh gi mid ahad nie...dier der kat cane....aish..mengikut kate fb Sofy tue.....time tygn pdana tue lisa ngn sam ader....hohohoohoh
oke la...maw babai


Luv U Strong 2x

Wednesday, June 15, 2011

You make we wanna say I do ! ♥

Assalamualaikum
********************

Colbie Caillate pernah berkata :
You make we wanna sayI do, I do, I do, do do do do do do do
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe noI can live without it, I can let it go
Ooh what did I get myself into?
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do


tu antara bait-bait lagu makcik colbie...huk huk huk



just wanna to say congratx to para-para kengkawan yg getting
enggage/married
tahniah buat epul ambia,eliza,puspa,kyrun n haziq,jun,iza,zuhanis,yati,syahida zahri,pus,
yg plg besh adalah: congratx kidie ..congratx on the new born baby
also to faradilaila...sudah 6 bulan ! weee~~

**************************************************
Firman Allah SWT;

" Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang
mereka tidak mengetahuinya"

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Jika kita bertanya apakah hikmah Allah SWT menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya de
ngan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir. Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah SWT ini sangat indah.


I have been thinking about this for some time now
it gonna be a part of my goal after this...hope so!
share it?! erm.....kalau bermula baru di habaq mai ek....hoohohoho


oke maw tdo
moga mimpi indah2


Friday, June 10, 2011

luv u strong2x

Assalamualaikum

****************

entry yg nie special dedicate to cemua readers2x ku yg kacak dan cantik rupawan

"MYDIN,My Choice"

nie la contest yg aku sjer2x msuk

anyway...menang kalah no2 (klo menang, bonus...alhamdulillah beb!)

tpi rser sronok ble ngade2x msuk contest nie

so...rsernyer dah 2-3 minggu aku dok promote kat member2x supaya mengeVOTE ku!

dari member yg kamcing ker member yg x penah bertegur...smua kene aku balun wat promote!

pada yg sudi...thanx beb ! hanya Allah dapat membalas.....amin

luv u strong2x

erm

pada yang masih belum mengundi

sudi kiranya mengeVOTE shida yer

cara?

sgt la mudah ...serious.....


1. Cari profile FB [Mydin Mohamed Holdings Bhd]

2. Click "Like"

3.Click "Mydin Contest" ---> ada kat bwah profile picture

4. Click "Enter Contest"

5. Click "Gallery" ----> ada kat atas diantara perkataan "Submission" dan "Terms & Conditions"

6. Search under nama "Noor Rashidalila"

7. Click picture (gambar dier mcm gambar kat bwh nie)

8. Click Vote!



Senang bukan !

mudah jer....alang tgk Piala FA mlm nie...smbil2x tue leh lah vote shida yer!

takpun sambil2x anda tgk Konsert Akademi Fantasia 9 esok, yerla smbil mengevote Hazama tue....smbil2x tue la vote shida yer!


Contest tue akan closed pada esok ari 12/6/11 (11.59 pm)

jadi smpat sgt tu beb!


Oke la beb!

wish me luck...

tq very much for supporting my kerja gile nie

again...... LUV U STRONG2x

wakkakakak~~