Wednesday, November 13, 2013

Bos, Terima Kasih untuk 30 minit itu .





Saya nak loncat setinggi2 yg boleh. Gembira tak terkira. Walaupun ianya tak rasmi lagi tiada hitam putih lagi dan tiada kesahihan lagi...tapi sekurang2nya jalan telah diberi. Saya doa hari2 moga dipermudahkan segalanya. 

Terima Kasih bos sebab sudi pinjamkan 30 minit untuk bersama mendengar keinginan saya. Saya tak mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi . Cukup sekadar dengan masa yang diluangkan, cukup dengan kefahaman bos terhadap apa yg saya inginkan dan cukup sekadar anggukan , senyuman dan peluang yang bos dan CEO bagikan pada pagi jumaat yang lalu. Berada sebilik bertiga dengan bos dan CEO untuk 30 minit hanya semata-mata berbincang, memahami dan mendengar keinginan saya cukup buat saya simpulkan "tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna". 


:: Nanti dah diluluskan  dah dapat dah sahih dah ada itam putih...cda share ek. Kalau sebaliknya, cda diam2 je....anggap bukan rezeki::





Shida,Fighting !

화이팅

No comments:

Post a Comment